07 Jun 2010

ANTARA KEGANASAN YAHUDI DAN KESELESAAN UMAT ISLAM.


"Bila pakcik nak turut serta dalam dakwah lapangan. Di kawasan kita sendiri pun tak dak sapa yang peduli. Kuliah agama banyak tapi masyarakat kuai rosak. Anak-anak orang islam teruk sangat dah hinggakan tiap-tiap hari kita tengok dalam surat habaq ada pembuangan bayi. Lagu mana kita nak bawa anak muda kembali ke pangkal jalan?" Dakwah apa depa bukan tak tau yang depa buat tu adalah salah. Tiap-tiap hari ada kuliah agama tapi depa tak mau mai. Yang penting kita jaga keluarga diri sendiri. Depa nak rosak biaq pi lah.Habih tu takkan kita nak biaq depa rosak sedangkan depa anak orang Islam. Allah suruh kita berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hari ini nampaknya orang masjid hanya buat kebaikan tapi tak cegah kemungkaran. Akibatnya maksiat mengatasi orang ke masjid dari segi nisbah.Adakah dengan hanya memerhati dan mengeluh masalah maksiat akan hilang? Allah pilih bumi Palestine dan rakyatnya untuk mati syahid. Mereka di tindas namun nereka terus segar dalam mempertahankan maruah dan tanah air. Di Malaysia pula Allah hanya minta kita berhadapan dengan maksiat itu pun kita tak mampu.Inilah antara topik perbualan saya dengan seorang pakcik yang saya jemput pada suatu petang untuk menjemput seorang ustaz yang akan mengadakan kuliah di surau kami. Beliau sangat rajin dalam menuntut ilmu bahkan akan hadir di setiap kuliah agama di sekitar Kuah. Kuliah agama yang menyentuh berbagai topik hanya di jadikan ilmu dan seterusnya di simpan di dada. Apakah begitu rupa bentuk Islam? Belajar, beramal dan di sebarkan itulah disiplin Islam yang sebenar. Apabila Allah menurunkan Islam melalui malaikat Jibril maka tanpa berlengah Nabi SAW terus menyebarkannya.
Mampukah kita menghadapi Zionis sedangkan maksiat di depan mata pun kita tak mampu berbuat apa-apa. Mengapa ada aksi seperti ini sedangkan mereka adalah anak orang Islam. Mampukah kita membahayakan nyawa diri pergi ke Israel sedangkan di tempat sendiri kita tak mampu meninggalkan anak isteri untuk bersama rakan2 turun ke gelanggang menyebarkan kata-kata peringatan. Jika semua ini tak mampu maka tak perlulah bermadah dengan kata-kata yang kita juga adalah sebahagian daripada pejuang Islam. Allah takkan sewenangnya memberi bantuan jika kita hanya berpeluk tubuh dan mengeluarkan kata-kata simpati. Hizbullah berjaya membuatkan Israel gerun kerana kekuatan dalaman mereka. Mereka bekerja,berusaha dan memohon pertolongan dari Allah. Dengan situasi yang ada pada umat Islam hari ini bolehlah di simpulkan " jauh panggang dari api "








0 comments:

Catat Ulasan