13 Jun 2010

CERDIK PANDAI AGAMA MESTI BERTENAGA

Ulama' berbentuk kalimat jamak berasal dari kalimat mufrad iaitu 'Alim, adalah harapan dan sandaran masyarakat. Mereka adalah instutusi yang paling diberi perhatian oleh orang Islam. Lesu mereka lesulah masyarakat Islam, begitu juga sebaliknya. Apa sahaja isu yang melibatkan orang Islam merekalah yang sepatutnya mendepani permasalahan tersebut. Mereka hendaklah sentiasa mencari ruang dan peluang bagaimana cara menyampaikan mesej kepada masyarakat. Cerdik pandai Islam tidak seharusnya hanya bersuara pada masa-masa tertentu sahaja. Pengenalan dunia tanpa sempadan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh cerdik pandai Islam untuk menampilkan pengajaran Islam yang syumul. Kalau di zaman salafussoleh mereka terpaksa merantau hingga keribuan kilometer untuk menyampaikan Islam tetapi kini ianya boleh disampaikan hanya dari rumah.

Konflik di Myanmar contonya di mana dunia boleh menyaksikan para sami Budha berarak di jalanan membantah cara kerajaan menzalimi rakyat.Mereka berjaya membuktikan bahawa mereka sentiasa di depan di dalam apa jua isu. Para Pendita Yahudi juga adalah tunjang kepada pengembangan idea zionis. mereka adalah latar belakang kepada gerakan zionis antara bangasa. Mereka merancang berbagai-bagai cara bagi memastikan gerakan zionis dapat menembusi mana-mana negara.Memang dunia tahu bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang zalim tetapi di atas kegigihan mereka yahudi boleh menguasai ekonomi dunia. Bilangan Yahudi di seluruh dunia amatlah sedikit jika di bandingkan dengan populasi penduduk lain.Hasil kerja keras dan tidak merasa jemu mereka berjaya menguasai pemikiran dunia termasuk negara-negara Eropah.

Kenaikan harga barang, judi bola, APCO, peranan agama dalam pentadbiran dan berbagai lagi isu boleh diambil kesempatan untuk para cerdik pandai Islam menampilkan diri. mereka seharusnya tidak hanya menumpuka pengajar ilmu di masjid atau hanya menulis buku. Masyarakat tidak akan dapat menyaksikan perubahan ke arah Islam yang syumul jika kita hanya bergerak dilandasan terdisional. Di zaman kebangkitan rakyat di zaman inggeris contohnya kita boleh melihat bila mana tok-tok guru sentiasa berada disaf-saf hadapan untuk menggerakkan kesedaran dan kefahaman Islam.

0 comments:

Catat Ulasan