23 Jun 2010

JUDI BOLA " MASA UNTUK PROMOSI KEINDAHAN ISLAM "


"Demam bola piala dunia" nama sejenis deman yang melanda setiap empat tahun sekali. Oleh kerana demam empat tahun sekali, ada manusia yang sanggup menjadi hamba kepadanya. Demam ini umpama mereka yang bercinta sakan yang boleh bertemu sekali sekala. Disebabkan bertemu sekali sekali sekala maka sepasang kekasih ini lupa akan halal dan haram. Kaki judi pun demikian Fi'ilnya. Kedatangan empat tahun sekali judi bola diambil kesempatan sepenuhnya oleh mereka yang bergelar tahi judi. Risiko kalah menang tidak terlintas dihati mereka. Yang penting seronok dan memikirkan keuntungan semata-mata. Risiko kalah dan menang akan terus dipikul oleh si tahi judi tersebut. Kalau kalah mereka akan kehabisan wang dan harta hatta ada yang jatuh bangkrap. Kalau menang pula mereka akan memakan hasil yang haram. Cuba bayangkan anak isteri dihidangkan dengan wang hasil judi.

Pembunuhan berlaku saban hari. Tidak dapat dinafikan bahawa gila berjudi boleh membawa kepada pembunuhan atau membunuh diri. Apa tidaknya bila kalah berjudi anak isteri yang menjadi mangsa atau mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang. Kaki judi boleh bertukar karektor pada bila-bila masa. Antaranya mereka boleh menjadi pembunuh, penghisap dadah, perompak, pengedar dadah dan pecah amanah. Mereka yang berjudi sangat terdedah dengan peminjam wang samada yang berlesen atau secara senyap-senyap.

Bagi pemimpin yang mengutamakan Islam, inilah masanya untuk mempromosikan Islam. Masa untuk mendidik masayarakat bukan Islam telah terhidang di depan mata. Kesan judi atau minum arak contohnya boleh dijadikan dokumentari atau slot eksklusif. Kerajaan boleh menayangkan kemeriahan piala dunia tanpa batasan waktu tetapi mengapa tidak boleh mempromosikan Islam. Masyarakat bukan Islam semestinya tidak berasa sangsi jika kita sentiasa memikirkan dan mempromosikan keindahan Islam.

0 comments:

Catat Ulasan