ORANG MASJID HALANG ANAK SOLAT

Solat adalah perintah wajib yang diturunkan Allah kepada umatnya.Solat adalah bukti kepada manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah.Solat adalah perintah Allah dan syariat yang paling utama dalam Islam.Solat juga membezakan antara Islam dan kufurnya seseorang hamba.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka kafirlah ia".

dalam ayat lain Allah berfirman:

" barang siapa yang bersolat maka ia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkan solat sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya".


Untuk menjadikan seseorang boleh istiqomah dalam solat bukanlah mudah.Berdasarkan pengamatan saya hasil dari pemerhatian terhadap perkembangan umat islam masa kini saya menjangkakan 80% umat Islam tak solat lima waktu.Kalau pun peratus ini terlalu tinggi mungkin ada yang bersolat hanya mengikiut mood atau ikut dan (istilah Kedah).Tingkah laku dan gejala runtuh ahlak telah mencerminkan segalanya.Dalam Islam Solat adalah perintah yang paling sukar di laksanakan. Perintah berpuasa walaupaun berlapar seharian namun kebanyakan umat Islam boleh melakukannya.

Untuk membentuk sesorang boleh istiqomah mengerjakan solat hendaklah di mulakan dari awal.Islam telah memberi jalan kepada para ibu bapa bagaimana membentuk anak supaya sentiasa mengerjakan solat.Ibu bapa yang tidak pernah meninggalkan solat secara langsung menjadi panduan kepada anak-anak.Berbeza dengan ibu bapa yang tidak bersolat mereka tidak akan mampu mendidik anak-anak supaya sentiasa bersolat. Malahan ada anak-anak yang tak pandai bersolat.Saya pernah di tanya oleh seorang pelajar sekolah yang berumur dalam lingkungan berumur sebelas tahun dengan berkata

" pakcik hari ini ada tak orang bersembahyang"?Dia bertanya demikian kerana dia mengenali saya yang secara kebetulan adalah bilal dan Setiausaha surau di Taman kami".

Cuba kita bayangkan bagaimana seorang anak yang berumur 11 tahun boleh bertanya tentang solat.Berdasarkan soalan yang di tanya seolah-olah dia bukan beragama Islam.Saya tidak pernah membayangkan akan ada orang Islam yang bertanya demikian di zaman ilmu boleh di dapati di mana-mana.

Apa yang mahu saya kongsikan bersama di sini ialah sikap kebanyakan orang masjid yang menjadi penghalang utama kepada anak-anak yang mahu berjinak-jinak dengan masjid.Anak-anak di bawa solat berjamaah bila ada masa untuk bersolat berjamaah.Namun agak malang sekali ada di antara anak jamaah menarik ke belakang anak-anak yang di ajak ayahnya untuk bersolat di saf hadapan.Mereka berbuat demikian atas alasan kerana anak-ini belum berkhatan atau masih budak-budak.Adakah mereka yang belum berkhatan tetapi bersih dari najis masih tidak boleh bersolat bersama orang dewasa.hanya kanak-kanak yang masih memakai pampers sahaja yang di anggap tidak boleh kerana di khuatiri mereka menanggung najis.Hanya orang tua yang di benarkan duduk di saf hadapan.Apa yang menjadi persoalan ialah adakah bersunat adalah syarat seseorang untuk bersolat atau masuk Islam.Apakah tidak bersunat adalah tergolong dalam najis yang membatalkan solat seseorang.Saya membawa anak saya bersolat Jumaat pada setiap hari jumaat.Anak saya juga pernah di suruh keluar oleh mereka yang tidak boleh menerima kanak-kanak yang bersolat bersama orang dewasa.

Hingga kini saya masih belum mendengar atau menemui hadis atau ayat Al Quran yang melarang kanak-kanak bersolat berada di saf hadapan.Jika tidak ada maka ini semua adalah rekaan manusia atau hanya berdasarkan tradisi.Tradisi dan amalan yang tidak berdasarkan Al Quran dan Assunnah sewajarnya tidak di amalkan kerana ia akan membantutkan perkembangan Islam.

Kalaulah amalan ini masih berterusan maka akan gagallah usaha ibu bapa yang mahu melatih anak- anak mencintai Islam dan masjid.Anak-anak yang di halang bersolat di saf hadapan tidak kakan bersolat dan akan bermain bersama-rakan rakan yang lain di belakang.Ini secara tak langsung akan menjadikan anak-anak kita semakin nakal.

Seseorang yang solat akan sentiasa berada di jalan yang betul kerana dia sentiasa merasa dirinya di perhatikan oleh Allah.
Read More